Thursday, 14 April 2016

Achum! Alhamdulillah!

Bismillah.

Dalam tempoh hampir 4 bulan ni, memang banyak yang dah berubah. Salah satunya ialah rutin menulis. 


Tahun lalu, aku pasang niat untuk merajinkan diri menulis sekurang-kurangnya free writing atau jurnal kesyukuran. Tapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. 


Migrasi itu bukan perkara yang mudah. Pasti anda setuju. No wonder banyak kes yang pergi kota, pulang semula ke desa. 

Ia satu keputusan besar. Bahkan boleh jadi seperti keputusan gila. Kerana mungkin akan ramai yang bertanya, "Macam mana boleh sesat sampai ke utara?"

Heh. Ini telah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali. 

Jawapan yang aku berikan pelbagai. Tengok mood. Tengok keadaan. Hehe. 

Bukan apa. Kalau aku cerita daripada perenggan pertama, mahu minggu depan habis ceritanya. 

Yang pasti aku tak sesat. InsyaAllah. 

Ada pula yang sampai ke bulan ketiga masih kekaguman melihatkan aku. 

"Syaza tak balik kampung ke?"
"Syaza, memang nak duduk jauh ke?"

Begitulah lebih kurang. 

Aku ada impian ni sejak 20 tahun lalu. Uhui...
Aku nak jadi anak perantauan sejak umur 5 tahun.

Kenapa? 
Bukan soal bumi yang lebih subur, atau soal bumi yang menyucikan. 
Tapi ia soal pengalaman dan cabaran. 

Atau.... Mungkin sahaja yang...

Aku terlalu terpengaruh dengan trilogi Negeri 5 Menara? Atau, 

Mungkin aku terlalu mengagumi Mus‘ab al-Khayr?  Atau, 

Mungkin aku teringat-ingat tulisan Nazali Noor dalam Ulu Yam Di Liverpool. 

===

Kenapa Penang? 

I have no answer for that. Sampai la, aku masih tertanya. (Ha tu dia, dah speaking utara style sikit :p FYI, la bermaksud sekarang

Hampir dua tahun (2013 - 2015) aku pasang plan untuk migrate ke area JB, Bangi atau Shah Alam.
Di JB, Kak Dayah offer sudah untuk tinggal bersamanya. Begitu juga di Shah Alam. Ada kira-kira 2 buah rumah yang boleh ku pilih. Tidak kurang di Bangi.

So apa berlaku dalam masa dua tahun itu? 


Aku sibuk dengan temuduga SPA, UiTM, dan lain-lain yang memungkinkan aku untuk berada di kawasan tersebut. Juga, telefon aku berdering dengan panggilan interview daripada syarikat swasta yang melihat resume di Jobstreet.


But He knows best. 

I know no one kat Penang ni kecuali beberapa orang yang dikenali lalu Facebook je. Dan cara aku mendapat kerja juga sedikit unik. 

Iya,.. Sungguh, Allah memang tahu apa yang terbaik. 

Mungkin benarlah kata Puan Emak, "Rezeki di tempat yang jauh mungkin akan bukakan pintu rezeki yang lain" 
Buktinya... Di sini banyak doa tertangguh yang menjadi makbul. Antaranya apa? Hah, lain kali lah aku catatkan ;)

Syazana Jamaludin
Aku pun rindu rumah ;)

p/s: kredit tajuk to Kak Nisa. #KenyitMata


No comments: