Sunday, 1 November 2015

Percubaan Pertama Membuat Laksam, Achievement Unlocked!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dah masuk bulan November. :D  

Terima kasih Allah. Terus-terusan melimpahkan rahmat dan kasih sayang. Panjang umur sampai ke saat ini.
Syukur.... Di umur 20-an ni, dah ada beberapa orang kawan dan kenalan Syaza yang dah pun berada di alam yang lagi satu iaitu alam barzakh. Huhu... Ops, bukan nak bersedih-sedih. Sekadar mengingatkan diri sendiri. Hidup kita ni penuh misteri kawan. Yang sakit-sakit panjang umur. Yang sihat muda belia pula yang pergi dulu. Sememangnya, usia bukan syarat untuk mati kan? Menulis untuk mengingatkan diri sendiri.

Ok... Hari ni 1 November 2015... Hari ni orang-orang Johor bercuti. Meraikan kemenangan kelab kebanggaan kami, kelab JDT yang menang dalam piala AFC semalam. TAHNIAH JDT! Syaza ni tak reti sangat pasal bola. Eh, bukan tak reti sangat, memang tak tengok pun.He he he!

Walau Syaza tak tengok, tapi Syaza tetap rasa bangga. Korang jangan tak tahu... pertandingan AFC tu bukan pertandingan kecil-kecilan. Kau tengok le hadiah dia berapa. Ada la dalam RM 1juta yang dibawa pulang JDT tu. Eh tadi kata tak reti pasal bola? Ni sampai hadiah berapa hinggit kau tau Syaza? He he he... Iols tengok berita la kawan-kawan.

Kembali ke tajuk utama ok. Fokusnya ialah kepada laksam. Macam mana boleh jadi percubaan pertama ni? Dan apa perkhabarannya untuk percubaan pertama ni? Hah, meh nak story la ni. 


Hari ni cuti.. Jadi kebetulan cuti-cuti ni, mak Syaza buat kuih nagasari untuk minum petang. Kat dapur tu banyak benar pisangnya. Asyik makan pisang goreng je, sungguh tak menyihatkan. So set lah, buat kuih nagasari. Kemudian pagi tadi waktu kemas-kemas dapur. Entah macam mana kitorang dok cakap-cakap depan peti sejuk tu terkeluar la idea untuk buat laksam.

Lamaaaa dah sebenarnya nak buat menu popular pantai timur ni. Tapi, kami ni kan orang Johor. Jawa lagi hah. Nenek moyang dulu laksam pun tak pernah makan apatah lagi membuatnya. Mak kita tu jenis tak suka bereksperimen. Tak macam Syaza ni. Memang suka kecah mengecahkan dapur. Pula tu baru-baru ni nampak resepi Laksam ni siap step by step. Hah, apa lagi. McGyver time. Eh, Master Chef time! :D 

Resepi ni dapat daripada FB Kak Tahrunnisa Jali. Syaza memang follow FB beliau yang selalu penuh dengan updates resepi-resepi yang kelihatan lazat lagi memukau selera. Alhamdulillah. Output yang terhasil seperti yang dijangkakan. Seronok rasanya. Achievement unlocked! Lepas ni nak makan laksam hari-hari pun boleh. 

Ni link resepi laksam daripada Kak Tahrunnisa Jali.  Alhamdulillah, bahan semua mudah didapati. Walaupun ia resepi orang pantai timur, Syaza tak perlu keluar daripada Batu Pahat tercinta ni semata-mata nak jayakan projek laksam di petang hari.


Laksam oleh Syazadeen si Pengedar Shaklee Batu Pahat. Tempting tak? :p

Kat atas ni lah hasil seni kulinari petang tadi. Mesti korang kata, "Oi, banyaknya sayur mayur!"
Oh sila jangan terpedaya. di bawah sayur mayur itu ada potongan laksam ya. Dan abaikan taugeh yang masih berekor tu ya. :p Timun tu tak pasti nak dipotong bagaimana. So I hentam je hah. Sama juga kacang panjang tu tak tau la nak kena halus lagi ke tak. Last-last potong ikut tekak je. Di balik timbunan sayur mayur tu korang perasan tak ada something missing?

Hah... pandai.

Encik Kobis! Kat rumah takde kobis rupanya. Tak apa lah. Percubaan kali kedua dan seterusnya kita pastikan ada kobis ya. Lagi sedap bila ada kobis. Sebab kobis rasanya manis. Kacang panjang dan timun yang hijau lagi kaya klorofil tu macam pahit-pahit kan? Jadi bila makan bersama memang nikmat tak terperi lah.

Ayah Syaza pergi masukkan daun salad kat pinggan beliau. Katanya lagi sedap ada daun salad. Hmm, layankan je lah kawan-kawan. :)

Part paling kritikal dan mendebarkan tentu sekali masa buat mi laksam ni. Syaza buat separuh resepi tau. Ikut resepi untuk 12 gulung tapi Syaza buat separuh je. Tapi dapat 4 gulung sahaja. Mungkin sebab saiz loyang yang Syaza dan pemilik resepi asal gunakan tak sama. Sepatutnya kalau buat separuh dapatlah 6 gulung kan?

Mak Syaza suka laksam ni. Katanya lembut. Dan Syaza sendiri pun suka resepi ni. Tak sama dengan yang selalu beli kat pasar tu. Selalunya yang Syaza beli agak keras.

Yang sambal belacan tu derhaka resepi. Kak Tahrunnisa Jali  ajar guna lada merah segar bersama cili padi merah. Kat rumah kami jarang beli cili padi merah. Ada cili padi hijau je. Tu lah kebetulan tadi sebelum masak bagitau kawan Cik Murni. Jadi petang tadi Cik Murni kita ni pun wasaplah untuk tahu perkhabaran berita, jadi ke tidok laksamnya. Beliau mahu lihat gambar laksam. Hehe... Lepas tu Murni tanya pasal sambal belacan untuk laksam ni.

Harus guna cili kering kah? Atau harus guna cili padi kah? Itu soalan Cik Murni kita.

Seingat Syaza, Syaza pernah baca majalah resepi yang share resepi sambal belacan untuk laksam ni dengan menggunakan cili kering. Tapi Syaza prefer guna cili segar. Cili kering tu macam pedas sangat la pula.

Kawan-kawan yang lain macam mana ya? Kalau sesiapa tahu sambal sebenar untuk laksam ni macam mana boleh roger-roger dan share info kat komen ya.

Masa Syaza makan laksam kat rumah kawan yang di Kuala Terengganu tu, tak ingat pula rupa dan rasa sambal belacannya. Laksam yang Syaza selalu beli di area Johor ni, mereka guna cili segar yang dikisar. Jadi sambal agak cair.

Syaza gigih guna lesung batu tumbuk lada tu sampailah jadi sambal yang pekat macam dalam gambar tu. Sebab Syaza suka sambal belacan yang pekat bila makan dengan menu yang berkuah. Sambal belacan tu akan duduk diam-diam kan satu sudut tanpa mengubah rasa seluruh kuah.

Ok nak cerita pasal kuah tu pula. Syaza suka kuah laksam tu pekat banyak ikan. Rasa pula kena creamy santan. Sekali dengan nampak biji-biji lada hitam. Jadi tak tumbuk halus lada hitam tu. Biar tergigit-gigit nanti. Hah, baru nikmat laksam tu.

Oh nak buat kuah ni pun mencemaskan juga.

Sebenarnya kan... kuah laksam tu terlebih bawang besar tau! T_T
Tu kaler dia macam purple kelabu creamy. Dan sebenarnya kekurangan ikan daripada resepi asal. Jadinya rasa tak seperti yang Syaza impikan tapi masih sedap alhamdulillah....

Heee tak malu betul. Sendiri masak, sendiri komen sedap :p
Masuk troli tolak sendiri ni haha.

Tapi series. Orang kat rumah cakap sedap. Dan senang je nak tahu sedap ke tak. Kalau ayah tambah makan tu sedap la tu. So, achievement unlocked! Alhamdulillah!

Masa masak tu dok zikir dan selawat banyak-banyak. First attempt ni selalunya tak berapa memberangsangkan kan? I was nervous uols!

Namun syukur.... Allah bagi ilham-ilham. Gerakkan kaki tangan untuk buat hidangan ni sampai berjaya seperti dalam gambar di atas tu.

Ewah, dah macam ucapan dalam Master Chef gitu.

Menutup entri ni, nak quote sikit trademark seorang chef. Korang kenal tak yang nama dia Martin Yan? Dia cakap, "If Yan can cook, so you!"

So.... kalau Syaza boleh buat laksam ni kawan-kawan yang lain pun pasti boleh tak kisah lah latar belakang korang orang Jawa ke, orang KL ke, orang Utara ke...

Ikut je resepi ni ya ---> "RESEPI LAKSAM KAK TAHRUNNISA JALI"

Ok itu sahaja untuk hari ni. Nampak macam ada lagi sikit kuah laksam kat dapur tu. Mi dah habis. Hirup macam tu pun sodap ni! Hihi.

Assalamualaikum. Bye bye! :)
Syazana Jamaludin 
 



6 comments:

huda said...

amboi syaza, bukan main hang cerita buat laksam dah macam terjebak dalam adventure hihi...

sambal laksam tu gune je cili padi tumbuk, kalo nak bagi rase cili tu takyah tumbuk lumat sangat pun takpe hihi...

kuah tak habis tu makan ngan nasik pun sodap..

Syazana Jamaludin said...

Haha. Kat rumah ni ramai juri Kak Huda. Kira adventure la ni heee

Kak, kalau tak tumbuk lumat sodap gak tp karang selit kat gigi :p

Kuah tak sempat simpan tak sempat makan ngan nasi. Lepas saya habis taip entri saya turun bawah ada orang perabih dah Kak Huda. Heee

Satu kelegaan sebenarnya tau.

Kakzakie said...

Tak salah kata sedap kalau dah benar ianya sedap
Agak-agak ada peluang bolehlah masak lagi
Inform kakak awal-awal agak-agak masa kakak balik BP baru buat hihi...

Syazana Jamaludin said...

Hihi. Lah akk orang Batu Pahat ke? InsyaAllah ada rezeki boleh ketemu.

Syaza tengah cari resepi Laksa Ganu yang merah tu pula hihi.

Ada bahan nanti nak try yg tu pula.

Terima kasih Kak sudi singgah.. hee segan Syaza 😁🙊

Suria Lekatlekit said...

akak orang utara reti masak laksa jer.. laksam tak pernah cuba. Ingat nak cuba buat sebab nampak asben macam suka jer. tapi tak tau la bila nak menjadinya

Syazana Jamaludin said...

Kalau akk berjaya buat laksa Syaza yakin akk boleh berjaya buat laksam :)

Ada bahan², hati bulat, jadi je kak. InsyaAllah.

Cuma kena bersabar la sikit masa buat mi laksam tu.

Laksa tinggal celur je mi dia kan? :)