Saturday, 7 November 2015

Bagaimana Membaca Tekanan Darah Rendah atau Darah Tinggi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. :)

Dalam entri lepas Syaza berkongsi mengenai laksam. Laksam atau juga dikenali sebagai laksa lemak Terengganu mengandungi santan. Mesti ada yang kata, eh tak nak lah ada santan ni bahaya tok kesihatan. Ok Syaza tak mahu nak komen lagi berkenaan isu laksam tu. Cuma kali ni terpanggil lah untuk kongsikan entri seperti tajuk di atas iaitu bagaimana membaca tekanan darah rendah atau darah tinggi?


Kawan-kawan... Pernah buat medical checkup? Salah satu komponen yang akan diambil kira ialah tekanan darah. Tekanan darah tinggi dikenali sebagai hypertension manakala tekanan darah rendah dikenali sebagai hypotension. Keduanya dikenal pasti melalui bacaan tekanan darah.


Tekanan darah yang normal ni penting ya semua kawan-kawan, tuan puan, adik kakak. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah rendah berisiko menghadapi kecederaan kerana jatuh atau pengsan manakala seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi boleh terkena serangan jantung dan stroke. Itu hanya sebahagian kecil daripada risiko yang mungkin berlaku. Syaza pasti kita semua tidak mahu perkara sebegini berlaku kepada diri sendiri dan juga kepada insan-insan kesayangan kita bukan?

BACAAN TEKANAN DARAH


Siapa yang selalu menghadapi tekanan darah tinggi? 


1. Individu dengan masalah buah pinggang
2. Mengambil ubat-ubatan seperti steroid dan ubat anti radang yang bukan steroid.
3. Mewarisi masalah tekanan darah tinggi daripada keturunan.
4. Perokok.
5. Peminum alkohol.

Selain daripada 5 golongan di atas, ada lagi dua golongan yang turut berisiko menghadapi masalah tekanan darah tinggi iaitu mereka yang mengalami masalah lebihan berat badan dan mereka yang mengalami stress berlebihan. Kalau kita ni sikit-sikit naik angin, nak marah dan muka cepat je merah, kena hati-hati ya.

Mereka yang mengalami masalah obesiti perlu tahu, risiko anda untuk mendapat tekanan darah tinggi meningkat 2 hingga tiga kali ganda apabila anda obes!


 Siapa yang selalu menghadapi tekanan darah rendah

1. Pesakit yang mengambil ubat menurunkan tekanan darah. Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah.
2. Pesakit diabetis yang mengalami masalah saraf.
3. Pesakit dengan masalah neuron contohnya sakit Parkinson.
4. Individu dengan masalah kelenjar adrenal dan kekurangan hormon aldosterone.

5. Semulajadi mengalami masalah tekanan darah rendah, tiada apa-apa sakit. 
6. Kekurangan berat badan. Keding sangat tak cantik dan tak sihat ya kawan-kawan. 
7. Kehilangan darah daripada badan. 
8. Dehidrasi. Ketidakseimbangan elektrolit dan cecair di dalam badan. 


Tau tak, kebanyakan individu tak perasan yang mereka ada masalah tekanan darah tinggi atau darah rendah. Bila buat checkup baru tahu. Tapi itu pun blur-blur dan confuse, eh betul ke ada masalah tekanan darah ni? 
 




Apabila bacaan diambil, bacaan akan direkodkan dalam format seperti ini:


                   100/75 

Ada dua bacaan dipisahkan dengan palang. Nombor di bahagian depan@atas itu dinamakan sebagai sistolik. 
Nombor di bahagian belakang@bawah itu dinamakan sebagai diastolik.  
  

Apakah beza sistolik dan diastolik?

Dipendekkan cerita, sistolik dan distolik ialah keadaan tekanan dalam darah. 


Sistolik ialah keadaan ketika jantung mengepam darah (contraction of heart). Bacaan ini ialah bacaan tertinggi untuk tekanan darah. 

Distolik pula keadaan ketika jantung berehat daripada mengepam darah. Bacaan ini ialah bacaan terendah untuk tekanan darah. 


Bagaimana Membaca Bacaan Tekanan Darah? 

Jom kita rujuk gambar rajah kat bawah ni. Sekali imbas Syaza rasa kita semua dah boleh nampak ada beberapa kategori tekanan darah.  



BACAAN DARAH TINGGI
Kredit Rujukan



Bacaan 90/60 atau kurang daripada ini, anda mungkin ada masalah tekanan darah (hipotensi).

Lebih daripada 90/60 dan kurang daripada 120/8-, tekanan darah anda di tahap ideal dan sihat.
Tahniah! Kekalkan cara hidup yang sihat.

Lebih daripada 120/80 dan kurang daripada 140/90, tekanan darah anda di tahap normal tapi sedikit tinggi. Elok jika diturunkan. InsyaAllah, dengan sedikit perubahan dalam cara hidup akan bantu mendatangkan kebaikan.

140/90 dan ke atas, anda ada tekanan darah tinggi (hipertensi). Anda perlu ubah cara hidup supaya tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.




Kredit Rujukan


Jadi, mudah kata....

Tekanan darah tinggi (hipertensi) ialah apabila -->>
  • Bacaan atas 140 atau lebih, tidak kira angka bawah. Contoh: 140/70
  • Bacaan bawah 90 atau lebih, tidak kira angka atas. Contoh: 119/100

Tekanan darah rendah (hipotensi) pula apabila -->>
  • Bacaan atas 90 atau kurang, tidak kira angka bawah. Contoh: 80/40
  • Bacaan bawah 60 atau kurang, tidak kira angka atas. Contoh: 100/50

Simple je kan nak bacanya ;)

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ni kita lebih faham dan kenal dengan tubuh sendiri. Dengan itu dapat jadi lebih sihat dan tahu nak buat apa-apa perubahan. Sebarang risiko seperti stroke dan sakit jantung pun dapat dielakkan awal-awal lagi.

Kawan-kawan yang ada info penting dan menarik pasal darah tinggi sudi-sudikanlah share di ruangan komen. Syaza nak sihat dan Syaza doakan kita sihat dan berbahagia selalu di dalam keberkahan Allah. 
Amin :) 




Syazana Jamaludin 

Allah suka mu'min yang kuat dan sihat!
 



1 comment:

Zurainny Ismail said...

Alhamdulillah, akak x mslh tekanan darah even waktu pregnant. Cuma doktor pernah komen yg salur darah (veins) akak ni nipis/kecil dan dia nasihatkan supaya sentiasa jaga kesihatan sbb senang tersumbat. So, akak selalu keep that in mind walaupun time sihat. Lagipun, both parents akak ada high blood.