Saturday, 5 September 2015

You Will Always Be My Ukhti ♥

Hehe tajuk ada ♥
Jiwang sangat. ;)
#throwback minggu lalu punya momen.

Mungkin bulan Ogos 2015 memang takdir untuk segala program reunion.
Daripada reunion dengan ex usrah mates, ex roomate, dengan sedara mara, dengan ex uni's classmate.


Maka bulan Ogos 2015 selain jadi bulan kemerdekaan ianya Bulan Penyatuan untuk saya. (Ehehe nama tak boleh blah)



Bila reunion ni... macam-macam rasa. Seakan menghirup segelas minuman coklat yang lemak berkrim dan nyaman.
Sampai ke hari ini pun masih terasa manis, lemak, pahit air coklat ni. Dan masih terasa sejuknya melalui anak tekak. Nyaman. Sungguh nyaman. :)

Ada la 3 tahun tak jumpa orang yang nampak bahu je dalam gambar ni.
Hai orang nampak bahu?
Apa khabar hari ni? :p
Sedap tak air strawberry tu?

Apa pun bersyukur sesangat. :)
Tak tahu sama ada akan ambil 3 atau 13 atau 30 tahun lagi untuk jumpa balik.

Tapi tetap akan ku ingat rasa indahnya sebuah pertemuan.

Pertemuan yang tak dirancang dan penuh kejutan.

Harapnya di balik kejutan-kejutan, ada keberkatan.

Ada keberkatan di balik sebuah persaudaraan.

You will always be my ukhti dear Hazwani Ghani. :) ♥

Yezza. Tak tahu sama ada akan ambil 3 atau 13 atau 30 tahun lagi untuk jumpa balik. Harapnya 3 minggu atau 3 bulan je hehe.

InsyaAllah. Biiznillah. Ada rezeki ada lah kan? ;)

Let fate fares us better. :)

Syazana Jamaludin 

No comments: