Tuesday, 25 August 2015

Hadis 15: Mukmin Berkata Yang Baik Atau Diam.


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan hai! :) 

John Donne dalam puisinya berkata “no man is an island”. Tak ada orang yang hidup sorang-sorang. Dalam kita hidup di atas muka bumi yang indah lagi permai ini, kita takkan pernah lari daripada berinteraksi sesama manusia. Setiap hari kita connect dan communicate dengan orang lain. Sedar tak sedar, ketika berkomunikasi kita mungkin telah lari daripada adab dan prinsip orang beriman.





 Speak a good word or remain silent. Atau maksudnya berkatalah dengan perkataan yang baik atau diam. Ini ialah pesan Rasulullah yang diesktrak daripada salah satu hadis yang lebih panjang.

Alhamdulillah. Petang tadi Syaza berpeluang untuk join satu majlis ilmu bersama dengan kawan-kawan Syaza. Dipendekkan cerita ada perkongsian berkenaan hadis 15 yang diambil daripada buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi.  "Speak a good word or remain silent" datang daripada hadis ini.






Hadis 15

Ertinya:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berkata baik atau diam. Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia menghormati tetangganya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Menurut Ibnu Hajar Rahimullah, hadis ini merupakan hadis yang short, sweet and compact dalam memberi makna berkenaan akhlak mulia bagi seorang yang beriman. Tiga hal penting disebut dalam hadis ini iaitu:

1. Perkataan yang baik. 
2. Penghormatan terhadap tetangga. 
3. Penghormatan terhadap tetamu.  

Kalau tiada benda baik nak cakap diamlah. 

Credit
Ini yang Syaza faham dan paling tersentuh sekali. Bukan apa... As a lady.... Boleh dikatakan Syaza ni kekadang kepochi boleh tahan. Bila baca huraian hadis ni yang disyarahkan rasa macam kena cubit-cubit je. 

Cuba baca hadis di bawah ni.

“Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Tidak akan (benar) keimanan seorang hamba kecuali setelah hatinya lurus dan tidak akan lurus hati seorang hamba kecuali setelah lisannya lurus.”

Kerana lisan itu tiket ke Syurga.

So boleh lah start refleks kembali level iman masing-masing. Bukan apa, takut-takut apa yang kita cakapkan ni akan bawa kita ke neraka bukan ke syurga. Seperti dalam hadis yang di bawah ni, 

Diriwayatkan melalui Mu'az bin Jabal r.a, 

"Tidaklah manusia ditelungkupkan di atas hidungnya di dalam neraka melainkan kerana lidah-lidah mereka."


Lepas tu ada juga cerita berkenaan perempuan yang rajin berpuasa sunat dan bersolat malam tapi suka mengomel. Rasulullah kata beliau ialah ahli neraka.

Huhuh...

Kita ni bukan sekadar mengomel. Bahkan kekadang menganyam ketupat. Dan kadang kita terumpat tanpa sedar


Pesanan untuk diri sendiri, baik diam je daripada bercakap kalau tak ada benda yang baik nak dicakapkan. Dalam diam tu zikir banyak-banyak. Banyak zikir-zikir yang boleh diamalkan setiap hari.  

Wallahualam. Syaza bukanlah ahli untuk bersyarah berkenaan perkara. Sekadar mencoret kembali sedikit nota-nota penting untuk panduan di kemudian hari. 


InsyaAllah. Moga ada manfaatnya. 

Syazana Jamaludin.

2 comments:

khulatul mubarokah said...

Terima kasih sharenya, Mbak

Syazana Jamaludin said...

Sama-sama. Semoga bermanfaat. :)