Saturday, 22 August 2015

Aturan Allah Itu Indah. ;)


"Nanti kita kumpul dengan Kak Ar. Ambil gambar bertiga tunjuk Kak Aini.", Kak Dayah.

Tapi akhirnya tak dapat pun bergambar bertiga. Jadi ni la hasilnya.
Cliche. Jiwang. Tapi betul ni. Nak cakap. Indahnya aturan Allah ni kan?


Ikutkan... 3 orang ni takde kaitan pun. 
Orang Kelantan pelajar chem engineering.  
Orang Muar pelajar legal studies. 
Aku pelajar accounting. 
Umur pun tak sama. (Ok cuba teka sapa paling muda)

:p 



Walaupun 1 uni. Tapi lain fakulti, lain program. Bahkan lain kampus. Kebarangkalian nak jumpa tu ada la kot kurang daripada 3%.


Tapi, sungguh!
Aturan Allah tu indah!
Sebesar² bumi Shah Alam tu Allah nak jumpakan juga. Terima kasih ya Allah.


Kenal-kenal camtu masa tahun 2009/2010. Tahun 2012-2013 dapat satu grup usrah sama. Tak lama bersama. Ada dalam 1 tahun lebih je.


Haish....
Walau pun kejap tapi cukup berbekas kat jiwa ni tau. Tak boleh lupa sebab dah jadi sebahagian hidup. Walaupun jumpa 1 minggu sekali lebih kurang. Bumi Shah Alam jadi saksi.


Macam mana nak lupa?

Ada orang ambil berat pasal kita. 
Bagi semangat. Bukan takat hal study. Hal kesihatan. Tidur tak cukup ke? 
Berat badan susah turun ke? 
Dah makan ke? 
Hal kewangan. Duit ada ke? 
Macam² lah.


Dah macam bercinta pula gayanya. Tapi memang bercinta pun kan? Tak malu lah nak ngaku. Ukhwah fillah orang cakap. Aish. Terharu ai!


Memang terharu. Orang takde kaitan ngan kita. Tapi sibuk sibuk spend masa ambil berat each other.

Tak ke pelik tu?


Tak pelik. Sapa yang dah rasa nikmat ukhuwah tu tak akan pelik. Sebab hal pelik dalam ukhwah itu biasa.

Hmm.... banyak nak tulis sebenarnya. Tak perasan dah panjang. Tadi Kak Dayah suruh tulis caption best². Tak tahu lah apa yang best. Ok lah ni yea Kak Dayah? :p



Cuma terdetik persoalan. Yang macam dalam artikel Yasmin Mogahed tu.

"Why do people have to leave each other?"



Kenapa?

Mungkin sebab Allah nak bagi manis rasa jumpa kat syurga? Mungkin.


Dan nak ulang lagi buat kali keberapa entah, yang sungguh aturan Allah tu indah.





Lepas 2 tahun tak berjumpa tapi Dia jumpakan.

Dan walau seketika. Ia sangat berharga.


Hari ni bumi Johor Bahru pula jadi saksi.

Moga bonding ini kuat, teguh dan bernilai di sisi Allah mengalahkan sebarang assets, partnership dan chemical bonding yang wujud di dunia ini.



Bonded by ukhwah fillah. 
Bonded by same aqidah.




You know what Kak Ar, Kak Dayah?

Ana cuma harap, Allah akan aturkan perjumpaan dan satukan dalam penyatuan yang lebih indah.

Bilakah dan dimanakah yang indah itu?
Syurga. InsyaAllah.




Sampai jumpa lagi.

Sementara tu ingat dalam doa rabitah ya!

I heart you ewah! ♥

Memory 22-08-15, Johor Bahru.

No comments: