Thursday, 25 June 2015

I Would, If I Could.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Hai hai! 

Beberapa hari lepas chatting dengan kawan universiti. Berkongsi rasa dengan satu sama lain berkenaan cabaran hidup yang dihadapi masa kini. Cabaran... Ewah! End up kami kata, kami nak tulis skrip siap-siap. Sebagai persediaan untuk sebarang soalan yang berkemungkinan bisa menikam jiwa raga pada lebaran akan datang nanti. Hehe.Jadi tak lah kalut-kalut macam ayam berak kapur bila dapat pertanyaan demi pertanyaan.

Ah, pertanyaan pasti datang. Misalnya soal jodoh, soal harta, soal kerjaya. Hakikatnya, yang bertanya tak semestinya mahu tahu realiti sebenar. Tapi mereka mahu jawapan yang memuaskan mereka. Setuju?



So, we shall fabricate some for them, shall we?
*Angkat kening ala Ziana Zain*


Oh oh, hari tu kawan graduan kursus kejuruteraan sedang berusaha mengubah kerjaya daripada dunia industri/korporat ke dunia pendidikan. Jadi buat masa ni beliau duduk rumah masak, kemas, masak, jahit dan lain-lain hal rumahlah. Catchup, catchup. Cerita itu ini, itu ini.  Lepas tu saya kata "kau kan domestic engineer". Dia pula cakap malu nak mengaku engineer.

Tapi lepas beliau Google maksud gelaran tu, tak malu sudah. Haha. How cool is that? Kekadang kena branding sikit je kan? Yang penting dia sendiri rasa bangga dengan diri dia. Bukan bangga dabik dada tu. Bukan nak tinggi hidung cecah siling rumah. Tapi rasa yakin lah. Yakin dengan pilihan dia.


confidence

Kehairanan mungkin timbul. Dan pop quiz pun bermula ==>
"Kenapa tak jadi engineer?"
"Kenapa nak jadi cikgu?"
"Kenapa tak kerja je dulu sementara dapat panggilan cikgu?"

Hmm, mungkin orang terlupa satu istilah kita sebut sebagai passion/minat. Lagipun, dalam kes sahabat saya ni, beliau ada reason kukuh yang memerlukan beliau duduk rumah pada masa ini. Ok. Bila saya baca buku Barbara Sher yang bertajuk I Could Do Anything If Only I Knew What It Was, dalam bab pertama, saya jumpa hubungan dengan situasi yang berlaku di atas ni.

Buku ni kata...
Setiap orang di sekeliling kita ada expectation masing-masing kepada diri kita ni. Bahagian yang kelakar tapi benar dan pahit; biasanya orang asing akan lebih menghormati dan menghargai impian kita berbanding keluarga kita sendiri. ;)

Kalau expectation mereka sama dengan apa expectation kita, maka harmonilah. 
Kalau expectation mereka beza, siapalah yang akan angkat bendera putih ya agaknya?
;)

Dan dalam kejadian sebenar, pergeseran kehendak manusia sekeliling dan minat yang kita miliki tu berlaku.
End up, siapakah yang akan terluka?

Atau semua baik-baik sahaja? ;)

Lebaran kali ini, korang dah bersedia dengan pop quiz sedara mara?

I would try to satisfy all of them If I would. *Peacemaker kononnya*
Hence, I would, if I could.
But I rather chase my dreams.


Salam Ramadan. :)
Syazana Jamaludin.

No comments: