Thursday, 2 July 2015

Catatan 16 Ramadan, Mail Dan Sudin Sambut Ramadan.

Sambil berbuka puasa tu kami tengok cerita Mail dan Sudin Sambut Ramadhan di Astro Oasis. Alahai kesian Mail dan Sudin ni. Dulu mereka berdua ni samseng kampung. Dipendekkan cerita mereka sesat dalam hutan tak jumpa jalan keluar.

Bila dah sesat macam tu, apa lagi? Masing-masing cuak habis. Sampai pucat lesi muka masing-masing.
Macam nak tercabut nyawa dah. Jadi mereka pun berniat kalau dapat keluar hutan tu, mereka nak berubah jadi orang baik. Tinggal semua perbuatan keji semasa mereka jadi samseng tu. 

Mail Dan Sudin Sambut Ramadan
Mail Dan Sudin Sambut Ramadan.
Alhamdulillah. Syukur. Mereka pun dapat keluar. Mungkin sebab niat mereka pun baik kan? Jadi Allah bukakan pintu.

Sebenarnya cerita ni genre komedi. Bila dah genre komedi tu memang tak kering gusi la. Yang kelakar, dua orang ni sebenarnya berjiran dan bermusuh dulunya. Lepas mereka terselamat daripada kiamat kecil (mati katak dalam hutan), mereka dah berjabat tangan. Harmoni takde musuh². Alhamdulillah dunia aman. Hihi.

Mail Dan Sudin Sambut Ramadan Dengan Berusaha Jadi Soleh. 
Jadi, bermulalah perjalanan suci mereka. Pertaubatan daripada segala jahiliah. Lagi lah sekarang bulan Ramadan, mereka pun pergi lah berguru dengan Pak Lebai. Belajar ilmu agama. Sebab mereka ni harap je dah tua bangka tapi banyak benda tak tahu. Sembahyang pun tak tahu. Hukhuk.

Reality hurts. Takpe kawan-kawan, takpe... Asalkan mereka nak berubah. Pintu taubat tu selalu terbuka. Selagi nyawa masih ada. Selagi matahari terbit dari timur. Tapi jalan mujahadah memang tak selalu indah kan? :)

"Ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu masa" bak nyanyian Saujana.

Actually, before Mail dan Sudin berguru dengan Pak Lebai, si Sudin tu dah mula nak cancel plan. Dia kata malu lah dah tua bangka baru nak belajar agama, Tapi Mail ingatkan balik yang mereka kena tetap dengan niat baik yang dah di declare masa dalam hutan tu. 
Cabaran pun datang....

Ramai orang macam percaya tak percaya je dengan Mail dan Sudin ni. Biar betul samseng tersohor kampung dah bertaubat?

Tetiba hati saya dipagut pilu. Rasa macam nak nangis pula tengok Mail dan Sudin tadi kena tuduh curi lembu surau yang pihak surau nak buat jamuan program khatam Quran. Si Sudin yang kecik kemetot tu siap bersumpah² pakai nama Allah lagi. 

"Demi Allah saya tak curi", di ulang-ulang lafaz sumpah berkali-kali. Namun tetap Pak Majid tu mati-mati tak nak percaya. 

Dalam episod sebelum² ni kawan lama si ex-samseng ni pun pernah perlekehkan mereka berdua.
Izzat dan Pian. Lagi satu pasang, Samad dan Liyas tak silap namanya.Depa ni kawan lama Mail dan Sudin. Segala kegiatan tak bermoral Mail dan Sudin ni mereka tahu lah.Sebab sama-sama buat. Macam Ramadan tahun sebelum tu, Mail dan Sudin ni pernah jadi tauke mercun dan bunga api. Huhu.

Jadi bila Mail dan Sudin declare mereka nak bertaubat, mereka berempat ni memang tolak siap-siap lah. Mail dan Sudin ni memang kena gelak je lah. Orang kampung macam Pak Majid tu pun tak nak percaya Mail dan Sudin ni tak buat dah perkara keji. Curi lembu tu keji la. Perbuatan mencuri tu kan dosa.

Kesian kan jadi Mail dan Sudin ni?
Rasa macam... Alahai.... :( Memang hati ku ini bagai ditusuk sembilu lah.
Bila nak bertaubat jadi soleh sikit, kawan perlekeh. Orang kampung perlekeh. Nasib baik lah ada Pak Lebai. Pak Lebai percaya budak berdua ni memang nak jadi baik. Nak berubah jadi soleh.

Cuma part Mawar tu Pak Lebai ada risau sikit. Sebab dua orang mamat ni dah declare suara hati depa, depa suka Mawar. Mawar ni anak perempuan Pak Lebai. Hihihih....

Fikir balik part nak jadi baik memang saya sedih. Saya teringat hadis lelaki yang bunuh 100 orang tu. Yup, lelaki tu bunuh 100 orang.

             To be exact: 99 orang + 1 orang rahib.

Dan lelaki ini menyesal dengan perbuatan dia. Dan dia nak bertaubat. Jom tutup kisah Mail dan Sudin kita baca kisah lelaki ni pula. ;) 

Aku telah membunuh 99 orang. 
 
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabiyullah SAW bersabda:

“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh Sembilan) orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.

Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”

Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”

Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.

Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu. Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”

Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”

“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.” sambung orang alim itu lagi.

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.

Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”

Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”

Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.

Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”

Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.”
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Jika nak baca syarah hadis boleh buka laman web Langit Ilahi. Ada satu artikel menarik berkenaan perbezaan rahib dan orang alim.

Bila Nak Taubat?

Ramadan ini dah separuh ditempuhi. Tapi takde siapa yang boleh jamin dia akan sampai ke hujung Ramadan tu kan? Saya tak boleh nak jamin yang saya akan terus hidup sampai ke 1 Syawal. Takde siapa pun boleh jamin jangka hayat dia sampai mana,

So....
I end this post dengan soalan untuk dijawab oleh diri saya sendiri,

Tepuk dada tanya iman, "Bila nak taubat?"

Sungguh, manusia ni takde yang bersih daripada dosa.

Jom taubat!
Syazana Jamaludin.

No comments: